Thursday, January 14, 2010

Nama Nama Iblis

Berikut adalah nama-nama Iblis:

Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis
berkahwin dgn Jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu
dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan.
Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada
syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir.

Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka.
Kota-kota mereka terletak di padang-padang pasir, gunung
ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat
-tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat
dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat
terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.

Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri
menteri, pemerintah, wakil-wakil dan rakyat jelata. Di
antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat
pengaruhnya dan wajib seseorang itu berwaspada dgnnya.

1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi
orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang
ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa
disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan
itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan
sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah
peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.

2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha
memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan
menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di
antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian,
maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri
lalu diakhiri dengan perceraian.

3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan
perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya
ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang
wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa
kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi.
Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana
dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.

4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah
mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang
termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah
cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.

5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat-tempat yg
dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg
mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia.
Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama
sendiri.