Monday, April 19, 2010

Rahsia Tarikh Lahir Wanita

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

Wanita Angin
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Sifat Lelaki Capricorn

Ia pendengar yang baik dan dapat memahami semua perkara dengan jelas dan mudah. Mempunyai firasat yang tajam, boleh meneka apa yang anda ingin katakan, bahkan sebelum anda mengatakannya. Wanita selalu datang kepadanya tanpa diundang. Ia suka suasana tenang dan damai. Ia akan memberikan anda kebebasan dan hanya melihat dari jauh. Ia kekasih sempurna dari semua zodiak, lelaki romantik yang akan mengajak anda bercengkerama di bawah sinar bulan purnama. Ia tewas pada perempuan yang kemas dan berpakaian cantik.

Sifat Lelaki Sagitarius

Warga sagitarius suka kehidupan sosial, gelak tawa, dan tak mahu ketinggalan trend terkiri. Ia benci rutin seharian kerana membuatnya bosan. Ia bukan pengurus kewangan yang baik. Tapi ia bukan orang yang boros. Ia suka pujian dan kata-kata manis. Ia suka melancong dan melihat tempat-tempat menarik. Sagitarius tak suka akan tanggungjawab, oleh kerana itu ajakan untuk berkahwin akan membuatnya seperti tercekik.Ia mudah sekali jatuh cinta, terutama pada perempuan manis, kelakar, dan yang ada pendirian yang kuat.

Sifat Lelaki Scorpio

Ia sangat sensitif dan mudah terluka. Ia tak pernah mempercayai siapa pun kecuali dirinya. Kesabarannya mengagumkan. Ia dapat menunggu beberapa tahun untuk mencapai tujuannya. Ia sangat serius terhadap cinta dan tak akan membuang masa bersama orang yang tak dicintai. Warga Scorpio terkenal dengan sifat pendendam. Jangan pernah menjanjikan hal-hal yang tak akan dapat dipenuhi kerana ia akan terus menuntutnya. Ia ingin dihargai dan dikagumi, tapi tidak ingin anda menguasai dirinya.

Sifat Lelaki Libra

Sebagian besar lelaki libra berwajah tampan dan mempersonakan. Bahkan jika rupanya biasa-biasa pun, tetap terlihat menawan. Ynag negatifnya, ia keras kepala dan selalu memulakan pertengkaran. Ketika mood-nya baik, ia lelaki yang menyenangkan. Jika tengah tak ada mood, ia paling suka mencari masalah untuk bertengkar. Secara semulajadi, orang libra suka berada dalam dunianya sendiri. Tak
suka melakukan hal yang pelik-pelik. Ia tak suka pada perempuan yang solek berlebihan atau yang mengalahkan artis.

Sifat Lelaki Virgo

Ia sangat menghargai masa. Membuatnya menunggu akan dianggapnya sebagai sebuah penghinaan. Ia tak suka dikritik. Ia seorang perfeksionis yang romantik, sanggup mendaki gunung everest hanya untuk mengatakan ia merindukan anda. Perempuan yang menarik hatinya adalah yang rapi dan berpenampilan up to date. Ia seorang yang amat teliti, pendiriannya juga teguh, ya adalah ya, tidak adalah tidak, apa pun orang cakap tidak dipedulikannya. Orang virgo juga terkenal dengan kesetiaannya.

Sifat Lelaki Leo

Penampilan luarnya menunjukkan ia orang yang lemah lembut, tapi sebenarnya dia kuat dan percaya diri. Kata-katanya selalu tampak normal, tapi kerap berisi perintah dan permintaan. Harga dirinya sangat tinggi. Ia dapat membantu memecahkan permasalahan orang lain, kecuali masalahnya sendiri. Ia bisa terluka kalau Anda tidak memercayai atau tidak menghargai kemampuannya. Ia suka pada orang yang bergantung padanya, karena itu membuatnya merasa berkuasa.

Sifat Lelaki Cancer

Inilah lelaki paling sensitif dari semua zodiak. Mood-nya selalu berubah-ubah. Ynag peliknya, perubahan itulah yang membuat dirinya mempersona. Ia bukan jenis lelaki yang berani. Ia akan menunggu masa yang tepat untuk mendapatkan keinginannya. Ia paling tak tahan ditolak dan sangat anti dipermalukan. Ia melindungi dirinya sedemikian rupa sehingga kelihatan tidak romantik. Bakat cancer di antaranya adalah kreatif dan imajinatif. Ia menyukai perempuan yang berdikari, ceria, aktif, ada kepercayaan diri, dan sopan.

Sifat Lelaki Gemini

mempunyai kemampuan khusus, handal berkata-kata. Jika diberi kesempatan, ia mampu bercakap tanpa henti. Ia orang yang tak boleh diam, hiperaktif, dan amat pentingkan kekemasan. Ciri utama lelaki gemini adalah sangat memilih dan mudah bosan. Ia dapat mengubah fikirannya sepantas kilat. Ia tak menyukai pekerjaan yang sama setiap masa dan sangat sukar menepati masa. Jika ia datang terlambat bukan kerana ia lupa, tapi kerana ia selalu tertarik kepada perara lain yang menarik perhatiannya.

Sifat Lelaki Taurus

Taurus pada kebiasaannya tak suka pada undang-undang. Ia sangat suka akan kebebasan. Jika anda ingin bersamanya, jangan membuat syarat-syarat untuknya kerana dia akan segera pergi meninggalkan anda. Ia mampu melakukan perkara-perkara yang pelik pada orang lain. Ia suka mencari dan menganalisis orang dan bermacam-macam perkara lain. Jika anda sedang bersama dengan lelaki taurus, jangan ceritakan terlalu banyak tentang kehidupan peribadi anda, tetapi buatlah dia tertanya-tanya. Cara itu akan membuatkan dia bersemangat untuk mendapatkan hati anda.

Sifat Lelaki Aries

kelihatan lembut, tapi di dalam hatinya ia orang yang sekeras baja. Halangan kecil tidak akan membuatnya jatuh begitu saja. Keras kepala menjadi ciri dari warga Aries. Pujilah dirinya dan berikan senyuman kepadanya kerana itu akan melembutkan hatinya. Ia gemar menunjukkan apa yang disukainya dan lebih menyukai perempuan yang ada cirri-ciri ibu rumah tangga.

Sifat Lelaki Pisces

berjiwa sensitif, pendiam, pemalu, dan sangat emosional. Ia bukan orang yang suka melawan arus, dan lebih memilih jalur aman. Bagi dia, dalam hidup yang penting bukanlah cinta melainkan status dan kestabilan. Ia suka perempuan yang ceria dan cerdas. Jangan menasihati dirinya kerana ia tak suka. Ia lebih menghargai apabila anda mencontohkannya terlebih dulu daripada membebel tak tentu hala..

Sifat Lelaki Aquarius

Ia berdarah panas, suka melakukan apa pun mengikut keinginan. Jika tak memahami atau tak mampu mengikut rentaknya, anda tak akan selesa bersama dia dalam waktu lama. Gaya percakapannya straight to the point dan tak pandai berbohong. Ia tak suka orang yang mudah putus asa, yang tak ada semangat, dan yang berfikiran cetek. Jangan memancing kecemburuannya kerana ia tak akan membuat kecoh, melainkan pergi meninggalkan anda.

Saturday, April 17, 2010

Petua Kencing Manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

Petua Gatal Kulit

Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan.Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor.Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya.Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri.Daun sireh itu direbus dalam periuk.Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih.Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang.Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang air kecil.Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

Petua Hilangkan Bekas Kurap

Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

Petua Hilangkan Kudis Buta

Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu

Petua Membuang Tahi Lalat Hidup

Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

Petua Melebatkan Rambut 2

Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh air yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.

Petua Hilangkan Uban

Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur